Roll On : Download Apps Ni Sekarang dan Jimatkan Wang Anda!

Sep 27, 2014

Tajuk entry paling poyo aku penah buat.

Well~

Haritu aku dengan kawan aku, Jiha pergi berjalan-jalan meronda sesuka hati sebab EasyTaxi bagi promotion free voucher RM15. 





RM15 bhai! Kitorang pon ke Danau Kota makan Burger Bakar Abang Burn sbb ada promosi beli satu percuma satu! Sila klik SINI

Sayang Jiha bebanyak sebab notis benda-benda ni. EH!!








Burger Bakar adalah sangat mengasyikkan dan merupakan hidangan yg cukupla aku makan sekali je. Sbb skrg aku jenis tak makan dah benda-benda ni. Sedappppppp sangat tapi cukup la sekali kot. KOT la.

Berbalik kepada voucher gila RM15 tu, Jiha jumpa tu melalui satu apps yg dikenali sbg Samsung Galaxy Life. Kat situ  macam-macam offer dia bagi taw. Sangat la digalakkan utk anda download. Aku tak boleh download sbb HP aku murah. Cey Samsung saja nak pekena aku.

"All work and no play makes one dull. Well, are you bored and in need of some fun in your life? Here’s one great way to kick some entertainment into your lifestyle – Samsung GALAXY Life. A quick and free-to-download app that keeps you connected to special privileges that deliver fun, food, fashion and more at great savings." read more HERE


Promosi tu berlangsung selama TIGA HARI. Sepanjang TIGA HARI tu dapat percuma RM15 tambang teksi. Bukan pakai sekali je sepanjang TIGA HARI tu. Sepanjang panjang 72 JAM tu dapat guna berulang kali voucher ni. 

Kalau nak buat pekena org naik turun naik turun pon bolehhhhhhhh.

Tapi Jiha notis benda tu masa hari terakhir jadi kami pakai sehari tu jela. Lepas makan kat situ kami pegi KLCC melihat air lompat-lompat warna warni dan Kinokuniya yang sangat best. Siap beli Scorch Trial walaupun belum baca Maze Runner lagi. 



Pakcik teksi cakap mmg selalu EasyTaxi buat promosi macam ni. Tapi check Twitter dia tak dala selalu mana tapi adala jugak. Jadi belek-belekla apps Samsung Galaxy Life atau twitter EasyTaxi tu.





Kalau nak guna teksi kat tempat susah jumpa teksi elokla guna apps EasyTaxi ke MyTeksi ke. Senang sbb teksi tu yg akan pilih kita dan tak ada masalah tak tahu tempat kat mana sbb diorang ni pakai GPS semua. Cas sama jugak yg RM2 lebih tu. Lagila best kalau pakcik tu bagi baucar. Kalau EasyTaxi rasanya semua akan dapat RM8 free bila daftar. Pergi la try daftar. 

Paling penting semua driver ni bila dia terima tempahan kita terus dapat notis ke HQ whatever. Jadi kalau ada problem apa-apa nanti mmg senang la nak buat aduan ke apa ke. Tapi dah buat mcm ni mmg tak adala yg berani buat aduan. Pemandu pon suka sbb kalau penumpang buat masalah pon senang. Yelah dah ada bukti kau masuk teksi dia kannn. Your HP got GPS ok.

Hopefully ada deals yg best lagi macam ni. Itula guna like page or follow bebanyak okayy. 

Sangat fun hari tu walaupun kami berdua je~



tangkap gambar pon sorang-sorang :P

Post a Comment