Roll On : Jimat RM73 Dengan Tempahan Teksi Secara Online!

Oct 25, 2014

entry asal cakap save RM58. jadi penerangan masih sama cuma jumlah berbeza pada poin nombor 2.
entry asal cakap tempah dgn MyTeksi, pembetulan (poin 3) dan penerangan tambahan (poin 4) adalah promosi dari EasyTaxi.

_______________________________________________________________________ 

Jadi nya minggu depan aku akan masuk UKM balik lepas cuti pertengahan semester dan sebenarnya ada beberapa perkara yang akan memerlukan aku kehulu kehilir dengan teksi. Kawan aku tetiba mesej ajak pergi low yat nak beli printer sebab my teksi bagi promosi percuma RM15 tambang teksi. Oh yeah! Alhamdulillah sebab aku pon nak pebaik printer aku jadi amatlah senang kalau berteksi ok! Doakan semuanya berjalan lancar. Printer aku ni asal rosak je memang buat aku moody yang amat.

PANDUAN LEBIH JELAS KLIK SINI
RM58? Aku seyes tak tipu! Jap lagi aku terang. Bagi yang tak tahu MyTeksi tu apa chill dulu sebab aku akan terang sikit kat bawah nanti.

Alkisahnya kawan aku cuma cakap ada promosi dan tak bagitahu butiran lanjut sebabnya satgi pakai akaun myTeksi dia lah untuk tempah teksi. aku cuma jadi pak turut je ni. jadi aku pon pergi buat survey sikit nak tengok macam mana promosi tu berjalan sebenarnya. 

Dan terjumpalah sejumlah RM58 tambang teksi free boleh korang dapatkan. Tapi ada lah terma dan syaratnya.

  1. RM15 x 3 = RM45 : Yang promosi yang ni amat istimewa kepada first time user sahaja. Tak pastilah yang dah penah guna macam mana. Untuk 3 perjalanan pertama korang, setiap perjalanan dapat percuma RM15 dan ingat setiap perjalanan ada cas ektra sebanyak RM2 (sebab korang mintak dia datang ambik korang). Yang ni tak ada time limit lah sebab peraturan dia 3 perjalanan pertama. (read more)
  2. RM 5 : Yang ni ada time limit. Tarikh tamat 31 Oktober 2014. Pergi ke wechat dan follow EasyTeksi. Msg "Hi" kat MyTeksi pastu dia akan bagi baucar RM5. (read more)
    • semalam cuma buat yang ni dan bila dapat baucar nya berjumlah RM10. tapi cuma boleh redeem kalau guna ET Pay.
  3. RM  8 : Yang ni pon ada time limit dia iaitu sehingga 4 November 2014. Rasanya ini sebab Deepavali ni. Taip "CELEBRATE" kat promo code masa nak tempah nanti akan dapat percuma RM8 ni. (read more)
  4. RM 8 : EasyTaxi bagi promosi lagi! Kali ni jumlah nya RM8 dan cuma boleh redeem sekali. Masa tulis destinasi tambah #easy8. Offer ni ada kat Samsung Galaxy Life punya apps. Aku tak boleh download apps tu jadinya untuk keselamatan korang periksa balik lah peraturan apa semua dekat apps tu. yang penting kena dapat kan kod ni je!.
    • contoh : plaza lowyat #easy8.

Pastikan korang klik dekat read more tu supaya korang lebih paham ok!  Dan lagi satu, setiap perjalanan ni akan kena ektra RM2 ok sebab teksi tu datang ambik korang. Peraturan asas, setiap teksi yang datang ambik korang, kalau korang call sekali pun, kena cas RM2. Jangan satgi cari aku pulak suruh bayar. Kopak lah den~

Bagi yang tak tahu, MyTeksi ni satu aplikasi smartphone di mana anda boleh tempah taxi secara online melaluinya. Kenalah daftar apa semua dulu pastu masa tempah tu kita akan bagitahu kita nak pergi mana. Pastu semua pemandu teksi berdaftar dengan MyTeksi sekitar kawasan korang akan dapat notifikasi yang korang nak pakai teksi ke tempat sekian sekian. Nanti pemandu mana cop korang dulu dia la yang akan datang ke tempat korang. Ambik masa sikit jadi seeloknya tempah awal-awal. Tapi kalau tempat korang jenis laju dapat teksi tak yah la sebab RM2 cas ekstra sebab korang tempah tu masih dikenakan. 

Tapi dalam kes kami ni, RM15 kot! Tak luak pon sebab nak ke lowyat paling mahal dalam RM12 sebab kan jam. Ada ektra RM1 lagi.

Eh. Korang ada baca macam mana aku dengan kawan aku berjalan merata KL seharian dengan promosi EasyTaxi? Baca sini baru korang paham masyuk nya berteksi ke hulu ke hilir bajet kaya je siap dengan teksi ekskutif lagi.

Ada pakcik teksi tu cakap, budak sorang ni dah dua tiga kali tempah. Sebabnya promosi time ni 2 HARI TU SETIAP PERJALANAN FREE RM8. Nah. Ini namanya bijak ok.

Kalau rasa ada kena berteksi tiba-tiba cuba-cubalah tengok senarai link di bawah kot-kot korang boleh berjimat. 
  1. https://www.facebook.com/MyTeksi
  2. http://grabtaxi.com/myteksi/blog/
  3. http://www.dealhero.my
  4. https://www.facebook.com/easytaximy

Oh ye. Bukan semua tempat teksi banyak daftar dgn MyTeksi atau EasyTaxi. Kalau bandar utama ada lah. Tapi bukan semua jadi kena taw tempat korang ada tak pemandu teksi yang berdaftar dengan MyTeksi atau EasyTaxi.

Lagi satu, sembang-sembangLAH dengan pakcik teksi tu. Kalau dia peramah lah. Sebab kitorang agak nya bunyi teruja sangat kot dapat baucar RM5. Hee. Yang dapat macam ni kira korang tempah je teksi pastu bayar la dengan baucar tu. Aku ada RM5 untuk MyTeksi dan RM5 lagi untuk EasyTaxi. *gelakjahat*



ALHAMDULILLAH!!!!


jangan lupa join

Post a Comment