Roll On : Tips Penting Untuk Pelajar Universiti

Oct 13, 2014

Rasa macam dah lama tak tulis benda yang ala-ala membantu macam ni. Ke mmg tak pernah? Eh. 

Tapi ai mmg agak rajin sikit baca-baca kat website la perkara berkaitan nak survive dgn jayanya hidup di universiti walaupun hidup sendiri pon tak berapa nak jayanya sangat la. Tetiba rasa macam why not aku cuba share. Kot-kot lebih ingat untuk amalkan pada masa hadapan. 

Hiyarghhh.


1. Bangun awal.

Benda paling taboo sekali nak suruh student adalah bangun awal. Kalau boleh bangun tu mmg bagi cukup time nak bersiap je pastu terus pergi kelas. Tapi kat UKM KL ni buat bangun lambat dgn lembap kura-kura tu mmg hancuss. Sini nak pergi kelas kena naik bas yang macam apa je jadual pergerakannya. kelas pukul lapan pon kena tercangak dalam 7 pg (buat yg rajin + nak spot tempat depan) walaupun perjalanan cuma 10 minit. 

Tapi bukan sebab nak kejar bas ni isunya. Bangun awal-awal supaya pagi tu dapat bersiap dgn tenang aman dan damai. makan la breakfast hatta biskut sekalipun. buat satu rutin pagi yg kita boleh stick. 

cth :

bangun > mandi > solat > mathurat > sarapan > baca nota kelas harini

Benda ni penting supaya satu hari tu kita rasa macam best je. tambah minum kopi pepagi tu. lagila masyukkk. Untuk bangun awal kena tidur awal la kan. Secara tak langsung kita dah jaga waktu tidur kita. Jaga tidur ni penting untuk kulit, berat badan, blablabla. tapi paling penting kita nak masa dalam kelas kita boleh fokus 100%.

cuba bangun lambat. mesti kelas pertama pon dah rasa tak sedap nak balik bilik. balik bilik bukan buat apa pon masalahnya. kadang tu tak mengantok pon. 

Lagila elok kalau bangun sebelum subuh. subuh ON TIME. pastu baca mathurat lagi. hah. mmg insyaAllah hari kita akan lebih diberkati. Amin~
2. Kurangkan tidur.

Eh. Tadi suruh tidur sekarang jangan ? Ini ikot sunnah la. Kalau boleh nak tidur petang tu kurangkan ataupun tak payah terus. Bangun pagi tu pon terus bangun tak payah nak snooze sangat alarm nya. Kita kena ajar badan kita untuk bergerak kuat dgn tidur secukupnya. jangan ajar buat kerja lebih SIKIT kena tidur. cuba kalau petang takda kelas, option pertama petang tu mesti nak tidur. cuba cari alternatif lain. kalau rasa malas nak study pon jangan tidur jugak. kalau yang tabiat cam rajin gila nak tidur tu cuba apply tips 1 dgn 2 mesti rasa macam hidup dia ada lebih banyak masa.  

Lepas tu jangan lupa mathurat taw. Agak-agak tak boleh study try baca al quran dulu. tapi niat tu kena betul la. jgn semata-mata utk mudahkan study je. Islam itu kehidupan kita, bukan satu perkara sampingan ye.


3. Suka tangguh kerja ? Ni makannya.

Bab ni mmg aku paham sangat sbb aku pon mmg suka tangguh-tangguh ni. nak tangani dgn lebih baik sila cari ebook yg berkaitan. antara tips penting korang boleh amal kan

  • buat 2 minutes rule : aku ada selit benda ni kat post dulu tp situ tulis 15 minit. asal yg aku baca mmg 2 minit je. permainan dia bila kau ada kerja tp malas sgt nak buat kan, kau ckp kat diri kau aku nak buat 2 minit je. pastu aku berenti. contoh mcm lab report. bagi lepas title dgn objective je. selalunya kan, korang mesti takkan berenti kat situ. mesti mcm, procedure salin je. buat la jugak. mesti ada lebih-lebih sikit. tapi kalau pemalas tahap super saiya tu yg stick kuat-kuat kat 2 minit tu pon tak pe. janji kita ajar diri kita untuk buat jugak. mungkin sementara nak sambung tu kita ada mcm idea ke nak tulis apa. teringat objective tu aku tak paham, boleh la cari buku dulu ke. lama-lama kasi up la masa dia, 5 minit ke 10 minit ke 15 minit.
  •  list : cuba disiplin kan diri untuk buat daily list. bila habis haritu tick yg dah habis pastu tenung lelama. mesti rasa mcm seronok sbb korang dapat accomplish beberapa perkara haritu. ni seronok ni yg akan buat kita nak capai lebih lagi esok nya.
  • sublist : kadang-kadang ada perkara dalan list tu mcm forever tak siap-siap lagi. selalunya sebab rasa malas nak buat sbb MACAM complicated. kenapa macam ? sebab benda tu selalunya nampak susah sbb kita tak huraikan lagi detail kerja dia. list dia patut ada panjang lagi. cth nak beli hadiah untuk kawan. kadang-kadang rasa mcm tension je sampai kat kedai tak taw nak buat apa terus. pastu rasa mcm takpela aku tengok dulu. buat nya yg cerewet mcm aku. mmg lama lah nak tengok dulu. so aku kena la buat sublist (1) kenalpasti jenis hadiah yg sesuai (2) kenalpasti tempat yg ada jual (3) balut hadiah
  •  colornote : ni nama satu apps aku download ke dalam phone aku. aku boleh buat list kat apps ni pastu boleh letak kat homescreen. kira macam tiap kali bukak phone boleh nampak la. so kalau bukak phone asyik nampak benda list ni mmg asyik teringat la kena buat bagi siap.
read here
4. Study early.

tlg la jgn percaya study last minute tu berjaya. tak semua boleh. sangat MINORITI ok. last minute tu dia berjaya waktu tu je tp still tak boleh lawan yg pelajar study awal pastu dapat result jauh panggang dr api. paling penting kita dapat kan semua basic awal-awal lagi. jgn time study week baru nak tanya apa eh maksud benda ni. bagi aku tak perlu mula nak hafal-hafal ni. bagi paham habis dulu. memang dlm kelas paham. tp korang still kena baca balik kemudian test balik diri betul ke aku paham. time study week tu kasi pulun la nak menghafal bagai.

5. Eat right

Sarapan tak harini? Sarapan apa? Lunch? Dinner? Antara tu? Setengah student ada yg jenis nak diet skip makan-makan. Bahaya ok. Diet pon bukan bermaksud tak makan. Tapi makan dgn cara yg betul. Makan dgn cara yg betul adalah makan pada waktunya dgn kuantiti yg sepatutnya. Antara cara mudah bg aku nak cheat diri aku supaya tak makan banyak adalah dgn ambik sayur sama kuantiti atau lebih lagi dari nasi. Aku cuba tak makan ayam sbb aku dari kecik mmg jarang makan ayam. Bila dok sini dok makan ayam je (sebab ikan lama tak sedap) mmg shocking gila sbb berat aku naik sangat-sangat walaupun kuantiti makanan aku tak berubah pon. kat rumah makan lagi banyak kot! so aku perasan sbb ayam ni banyak ayam suntik. dan aku pon mmg suka makan tang kepak which it tempat suntik hormonnya. lagi satu, bila kita makan pada waktunya kita akan kurang rasalapar pada waktu bukan utk makan. kuranglah snacking benda pelik-pelik + kuranglah kalori. yes!!

read here


Tips ni penting utk org macam aku lah. Yg jenis makan belambak dok kurus kurus jugak tu pergi main jauh-jauh. 

Sarapan sangat penting bagi aku fokus dalam kelas. Tapi tips eat right ni bagi aku lebih utk kesihatan kita secara menyeluruh. dah dok jauh dari rumah mmg tak best la nak sakit-sakit ni. Banyak benda aku baca pasal nak makan secara sihat ni tapi mungkin di lain post. mungkinlah~

6. Kawal perbelanjaan.

Tambah yg ber JPA ni. Haila. Sentiasa ingat kan diri. Sebelum beli apa-apa. Kemahuan atau kehendak?

Tu je sebenarnya. Yelah kita nak HP mahal jugak. Nak pakai itu ini. Boleh. Tapi jangan lah melampau. Sebelum buat pembelian yg besar cuba survey sehabis boleh tentang option lain yg ada. selain tu cuba jugak evaluate apa pros and cons kalau kita beli benda tu.

perbelanjaan seharian pon kena kawal jugak. tambah-tambah beli makanan. paham kan cara makcik kafe tu kira makanan supaya boleh kau cheat balik makcik kafe tu. eh aku ni.

7. Dekatkan diri dengan Allah

Tak semestinya bila dah jadi pelajar universiti baru sibuk nak dekatkan diri. tapi kat sini lah senang nak cari kumpulan halaqah ke usrah ke. cari lah yg betul-betul komited nak bantu dalam aspek dakwah. kat sini platform terbaik, bagi aku lah, utk belajar ilmu macam ni. ingat. kehidupan kita seluruhnya sebagai Islam. tapi apa yg kita Islam sangat tu? Solat 5 waktu? Puasa?

Sampai mati cuma tu ke?

Kita terlalu sempitkan Islam tu kepada diri kita sendiri saja dan cepat rasa puas hati dgn amalan kita yg ciput sangat tu. Sedangkan islam datang kepada kita pon sbb usaha sahabat nabi yg merantau satu dunia, mendedikasi kan seluruh hidup diorang, utk sampaikan dakwah islam.

Jadi macam mana kita boleh kata cukup dgn amalan fardhu je hidup kita ni? Habis tu adakah kita kena pergi Palestin berperang bersama mereka?

Mampuke?

Cari jawapan tu sementara kita kat universiti di mana peluang kita berkenalan dgn ramai org tu banyak. boleh lagi nak belajar macam-macam dari mereka. 

Tepuk dada tanya iman.


Post a Comment